Friday, November 13, 2009

Creative Giler + Smart Abis Art

0 comments

Thursday, November 12, 2009

KLCC SkyBridge Ticket

0 comments

This is the ticket for entering KLCC SkyBridge. At last, my dream fulfilled. Thanks to my rumet. its one of the best memory i ever had.
dah la susah nak dapat tiket. pastu if nak tiket kena datang pagi pagi buta. hurm...
aku beruntung la ada rumet yang ada link ngn staffs Petronas/Petrosains.

KLCC SkyBridge 2

0 comments



Bang Bang Boom

0 comments




ha! ni pic aku bersama Amad (Reezman) Bang Bang Boom.

aku amik pic ni time aku g buat assigment HR kat Petrosains KLCC. aku nyer rumet kawan baik dia.

Alang2 aku g buat tugasan sambil tu aku amik kesempatan la. HAHAHAH!

KLCC SkyBridge 1




Saturday, November 7, 2009

Practical or Impractical? Apakah?!!!

0 comments
2 ari lepas aku kuar g makan kat saujana utama kedai mamak. dalam perjalanan nak kuar dari uitm lalu la depan jejambat RnR dekat anggerik cafe tu. kat bawah tu ada la satu jalan kecik yang hubungkan jalan side sini and jalan side sana. kat jalan tu la orang yang nek moto selalu buat u-turn untuk balik ke kolej, kadang2 keta pun leh lepas gak buat u-turn kat situ.






ni ha jalan tu.





aleh-aleh arini aku tengok kat jalan u-turn kecik tu dah pasang tiang besi dalam 7 tiang block tak bagi students or sape2 u-turn. so sapa2 nak buat u turn kena la amik roundabout labu sayung if nak ke fakulti or roundabout keris tu if nak ke kolej... dah la nak kat jalan roundabout dari Plaza Satelit B (PSB) nak ke labu sayung tu dalam 300, pastu dari roundabout keris nak ke PSB plak dalam 200 meter bila dah pusing jadi dari ke 2-2 roundabout tu dah amik 500 meter la. tak ke rugi duit minyak and masa.

if tau tak bagi student wat u-turn for the first place bek tak payah langsung buat jalan tu. orang yang lintas jalan nk ke seberang sana pun tak guna pun jalan zebra crossing ni. if hangpa nak tau, orang nak lalu celah tiang tu pun tak muat, apatah lagi yang pakai wheelchair ke, pakai tongkat ke, si capek ke memang tak lepas pun tiang tu. basikal apatah lagi.


ni ha lagi satu. aku nak cite sal palang nie pulak.












mula2 sebelum nie takde laluan nie dan takde palang nie. last 2 3 minggu lepas dowang stat bina laluan ni jadi simpang 3. menghala ke fakulti aleh last week la jugak depa buh palang besi nie. baru je nak epi2 sbb tak payah nak pusing jauh2...ikut roundabout tu. so ape motis simpang nie ada palang. nape tak letak sekali pondok buruk pak gak kat tengah2 jalan tu. leh buat jokey parking punya palang kot. hahahaha

adakah hanya orang "tertentu" saja yang boleh guna simpang nie. lagi if katakan simpang nie palang dia buka ikut ofis hours 8pagi -5petang. adakah student leh guna. (kata uitm "student friendly") lagi satu if student n lecturer luar yang ada cluz mlm cme lak, takkan nak tawaf dari keris ke labu sayung trun ke fakulti. takkan cmtu skali. katakan la management uitm nie "baik", at lis buka la palang tu smpi kul 11. ok la jugak

ada solution kwn aku kata, buang tiang (bollard) tu dan buang palang tu. Kenapa? bila dah takde palang, confirm student takkan guna lintasan jalan kaki tu. tak kira la student or staff wat u turn kat pejalan kaki tu sbb dah ada simpang tiga tu.

ni aku nak perli. awat tak buh terus je traffic light kat situ. kan lagi senang. leh elak eksiden.. tade kes rempit mcm2 lagi la.

lagi satu, takkan takde otak kot orang yang bagi kelulusan buat jalan tu, dah la nak msuk dari luaq ke pondok pakgad 1km. nie nak amik jalan yang jauh2 lak utk ke fakulti or kolej. TAKKAN takde CONSIDERATION kot

Metro Mencarut

0 comments
Isu panas aku nak kongsi dengan korang sume. korang tengok kat keratan akhbar yang aku dah scan tu ape yang tak kena dengannya. if korang ni mata yang hebat mcm mata superman korang identify ape yang pelik tu.

kalau korang nie pandai kan try cari word yang agak mencarut. hahaha.. kalau korang nak tau kan, word tu kawan aku yang create. dia dah bosan n tension ngn study dia baca paper dapat la satu idea. dia pi tukaq mother trucker jadi "mother fucker". cian kat iklan nissan ni. dapat tau kat nissan ni aku sure kena saman nie. hahahaha

tapi memang creative member aku nie. hahaha.. inilah hasil kreativitinya di kala kebosanan melampau, ketensionan yang over gila. korang nyer creativity camne lak?

aku sokong abis apa yang dia buat nie. hahhaha mengkondemkan iklan. satu kerja yang bagus. hahahahahaha

Friday, November 6, 2009

I'm Offline

0 comments
I'll be offline in publishing my incoming post due to i'm not active for temporary. Any inconvenienced are really regretful.

Starting 20th November 2009 till further notice in my blog.

Love you all.

Forever Love

0 comments
since dah pkul 2 3 pagi nie aku kebosanan nak study. nak relaxkan kepala otak aku nie ha. aku nk kongsi tips for forever love yang aku baru baca dari majalah ape ntah kat bilik kawan aku ni.

1 - Communication is the priority
2 - Understanding both side condition
3 - No external bad factors influence your relationship
4 - Reciprocal plays important role
5 - Appreciation is the policy
6 - Honesty is the primary motivator
7 - Nobody's perfect
8 - Similarity is highly needed

Ha. untuk explanation tanya la aku. tapi aku jawab thru ym je la ye. if thru blog aku ni agak lambat sket la.

Thursday, November 5, 2009

Real Madrid - 0 Barcelona - 1

0 comments
aku ni orang yang tak minat main bola sepak. pastu aku nie lak bukan orang yang jenis fanatic fans cam fans MU, Chealsea, Liverpool or Arsenal or ape2 jela yang berkaitan dengan club bola la...international or in Malaysia.

tapi since aku berkawan dengan housemate aku nie yang jr. aku gak nie. aku ketagih main game PES 2010. sebelum nie aku men PES 2009 tapi aku upgrade dah even yang PES 2009 tak abis main lagi. hahaha.... takpa tu bukan cerita penting. kawan aku dua orang nie shah n bota nie memang expert la dalam men game PES nie... mau tak nya tiap kali aku main nie asek kena tibai ja 12-0, 9-1, 10-0. tapi takpe. tu langsung tak melunturkan semangat juang aku untuk makin mahir main PES nie.

semalam aku telah berjaya mencipta sejarah tersendiri dengan mengalahkan bota dalam PES2010. aku dengan bangganya telah membelasah bota dengan accumulated goal 1-0. dia amik real madrid aku lak amik barcelona. hahahaha.... dah la aku nyer goal unexpected. keeper dia rasa bola tu dia leh tangkap or tepis....aku chip sket ja..goal! GOAAAAAAAAAAAAAAALLLL!!!
hahahaa....

aku telah bertahan selama 90minit perlawanan untuk menjadi juara dan buat kawan aku tension! hahaahh aku suka...melompat dengan kegirangan. dah la time tu ramai penonton. hehehe.....bangganya aku... (^-^)

Tuesday, November 3, 2009

Letih Aku Today...

0 comments
aktiviti aku arini is teman kawan aku g lowyat. beli monitor samsung HD. untung la ko bota, baru dapat ptptn. yang aku n geng2 hang dah la sume duit sume dah tang hujung2 ekoq unta dah. untung la jadi orang kaya baru.

aku ngn hosmet aku g nek moto dari puncak alam ke padang jawa. amik komuter. tu cara paling senang sket. penat la if lebih nek moto trus g lowyat. tapi aku pi pun dah petang dah. dalam kul 2 lebih. sampai lowyat biasala hosmet aku dapat rambang mata syndrome. hahaha sume dia nak beli. aku cakap kat dia pentingkan apa yang priority dulu. g la beli monitor samsung kat kedai all it IT kotntah pe ntah nama dia.. RM425 ja untuk 20". kira ok la tu. dia bajet lam 500 ja so jimat la. time nak beli tu nak tergelak aku...leh lak aku argue ngn dia suh amik yang lagi satu model cmtu la jugak....melebih2 aku lak. dia yang nak beli bukan aku. hahaha takpa lagipun kami usha abis sume specs dia n compare ngn lain. tapi sebelum tu byk gak kedai aku pusing ngn dia. letih turun nek tangga..tapi takpe escalator kan...

pastu nak nek monorel dari kat jalan imbi nak blik kl sentral kan macam F**k. terlupa time tu time orang balik kerja. kul 530. nak nek monorel lak penuh gila mcm tin sardin. 3 trip aku ngn kwn aku terpaksa lepaskan... last last skali kami decide wat kerja yang agak genius la.. dari tunggu belah nak nk g KL sentral bek kami tunggu belah nak g Bukit Bintang. jalan la seberang plak. belah seberang tu monorel tade orang sangat dari KL sentral. tunggu lam 8 minit dah sampi pun. naik la kami....heading towards BB kan... sebelum tu ada kapel india nie tunggu mcm kami gak, tapi dia p seberang dulu la baru kami pk nak ikut mcm depa wat la. dowang nek n aku-kwn aku pun nek gak la monorel yang g ke BB tu.. kami nek sampai turun kat stesen bukit nanas. ha....time turun lak kapel tu plak ikut kami turun. hahahha... style plan sama tu. dah takleh nak nek tadi sebb monorel asek penuh. lintas plak p seberang tunggu kat bukit nanas monorel p ke KL sentral. time tu aku ngn kwn aku and kapel india tu pandang n gelak2 sama2. sebab tadi kami ikut depa ni depa ikut kami pulak. hahha.. nasib bek la monorel yang mai tu tak ramai. kira tak full la. lega la.. dapt la msuk berdiri.. aku plak dapat duduk. memang best la dah letih kan...

dah sampai KL sentral kawan aku belanja makan KFC lak...ha time nie aku nampak ada kapel tu sweet sangat... sebelum tu aku terserempak dah depa time nak lintas jalan pas trun dari stesen tu... time2 aku lepak KFC nampak la kapel tu masuk. kapel muda la. baya2 aku, chinese. Kapel nie sweet sebab 2 2 blind.. tapi aku tengok blind yang tak teruk la..yang leh agak nampak samar2 la..if tak dowang tak pakai la tongkat tu... depa dok belakang seat aku. aku tengok la yang gf dia g bli kfc then bf dia follow... yang bayar is her bf. sweet sangat aku tengok depa dengan keadaan blind kan depa always tolong each other..wat jokes.. caring for each other. gf pesan..bf dia bayar n bawak kfc ke seat depa. pastu dah duduk nie..gf dia g amik extra plate...aku tengok cara gf dia kan really care for her bf. aku nak cakap kat sini nak bagi korang nampak susah..korang kena tengok dowang sendiri la camne dowang tu. siyes sweet giler condition dowang...


Monday, November 2, 2009

Adore Her

0 comments

Claudia Schiffer is the model that I really adore. She have all the asset as a model.

Fakta Menarik Nie

0 comments
Fakta yang menarik untuk dibaca. Buat tambahan ilmu di dada + minda korang.

1- Kunyah gula-gula getah time kupas bawang membuat anda tidak menangis.
2- Lidah kamu bebas kuman bila kaler pink, if putih tu banyak kuman la. hahahaha
3- Ketawa leh kurangkan stress dan meningkatkan sistem imun badan.
4- Kelawar akan selalu turn left bila keluar dari gua.
5- Butang baju lelaki sebelah kanan, manakala butang baju wanita sebelah kiri.
6- Sebab kenapa madu senang hadam is kerana madu dah kena hadam oleh lebah la...
7- Ayam jantan tak boleh berkokok if ia tak panjangkan leher ke atas.
8- Strawberi bukan buah dan berasal dari keluarga bunga ros.
9- Setiap kali kita bersin, ada beberapa sel otak kita mati. Ala cianla...rugi beb.
10- Paru-paru belah kiri lebih kecik dari belah kanan sebab nak bagi ruang kat jantung da...
11- Bila sedih, badak air akan bertukar merah.
12- Singa yang mengaum dalam logo MGM tu nama Volney.
13- Google nie nama untuk nombor yang ada jutaan kosong kat belakang
14- Nak buat kapal Titanic hanya perlu 7juta ja tapi nak buat filem perlu 200juta.
15- Sel darah merah hanya amik 20 saat je untuk bergerak seluruh badan.
16- Tau tak plastic kat hujung tali kasut tu panggil Aglets.
17- Ubat gigi Colgate ada masalah kat Spain sebab maksud Colgate in Spanish is pergi gantung diri.
18-Jantung manusia boleh bagi tekanan untuk pancutkan darah sejauh 30 kaki (10meter)

Sunday, November 1, 2009

Plan Cuti Sem

0 comments
17 november 2009 adalah hari terakhir aku berada di uitm puncak alam. sebab exam aku sume dah habis. yea yea....i'm just countdown the days. tak sabar nak balik umah. aku blik umah konvoi ngn kawan2 aku nek moto. best nek moto. leh main hiway. ala 6 jam je pun dah sampai penang. bukan lama sangat pun.

tapi aku terpikiaq jugak la apa aku nak buat time cuti nie. dok saja ka kat umah buang masa or cari keja part time. aku rasa dok umah lagi best lagipun sem depan aku dah nak internship.

tapi aku dah ada plan dah untuk cuti sem aku nie. plan aku:
1- buang masa kat umah
2- lepak ngn member2 smpi lewat mlm
3- g karaoke n tengok movies
4- g mane2 umah kenduri yang menjemput
5- g ronda2 amik angin area satu penang
6- shopping la..tapi lambat sket kot. time climax sale tu best.
7- mestila kena tolong mak aku jadi assistant dia kat umah..memasak, siang ikan, potong ayam, sayur, daging, kupas bawangz dan any kerja dapur lagi la. yang penting MAKAN.
8- mesti buat keje kampung gak la sbb aku dah da kat umah. aku suka.

Pre-Graduation Dinner

0 comments








































































On the 9th October 2009, Pre-Graduation Dinner was held at Summit Hotel USJ. That nite there were only glamorous + glittering + beauty +vogue = all wanna become the Celebrity.
Hurm....mlm mpg aritu memang best giler. aku tak nafikan even ada juga the bad things aku dengar. now, that was my first mpg nite la coz time diploma dulu aku tak g. tema malam tu Celebrity Wannabe. sume dah dressup macam celebrity habis. ada yang jadi siti nurhaliza, MCR, micheal jackson, Jay-Z, justin timberlake, pak arab pun ada tau. tu selebriti dari arab la kot. hahaha....yang jadi pak arab to ramo. hurm...mcm2 la hang nie.
malam tu ada performance dari amylea and ruffedge. performance memang bagus lagu pun bagus.. kira match habis la dengan malam tu. aku malam tu dress mcm sape ntah yang aku tau budak2 aku panggil aku A.Justin. tak bleh blah. tapi yang aku tau style dressup tu aku nyer creativity sndri. berminggu jugak la aku dok cari baju yang aku nak pakai tu. hurm..merata aku g cari. tapi berbaloi gak malam tu. puas hati aku.
tapi yang tak bestnyer, makanan. tak vogue langsung. just makanan melayu je..ala yang simple contoh is lauk nasi campur. if dah vogue habis mcm selebriti tu biaq la makanan dia pun vogue jugak. hurm...tu la yang kena ubah sket. aku mkan juga la dah mai... lapaq lak tu. aku tibai 3 round kot. aku tibai lauk je byk. aku suka puding caramel dia. pergh..memang sedap. nak lagi leh tak? hehehehe...
ape ape pun mlm tu memang sweet memory bagi aku la before aku grad.
HAPPY GRADUATION in advance to all my fwenz and me! Yea!

Bosan GiLer!!!

0 comments
hari ini aku kebosanan tahap maha dewa naga. aku taktau nak buat apa arini. exam untuk coming paper nie 6nov tapi aku ada tahap kemalasan yang tinggi juga untuk buka buku study. hurm.... what should i do now? lagipun aku dah jemu dah layan movies sume nie.. action, dramas, family, relationship, love, funny movies sume aku dah layan. ni sampai taktau nak buat apa. if aku nk balik umah kos lagi. tapi if dapat balik umah best jugak. tapi aku pun malas la nak balik umah walaupun kerinduan aku dah tebal giler ni.. rindu masakan mak aku. rindu udara kwsn umah aku. rindu ayah aku. rindu semua la..

exam aku ada lagi 3 papers to go. target aku untuk sem ni agak tersasar sikit, mcam exsident keretapi KTM terbalik. nak aku catch up balik boleh tapi effort tu kena la aku multiplied berkali-kali.

aduh. hari yang sangat bosan. aku terperap dalam bilik aku ja nie.

Internship in UMMC

0 comments
Starting bulan januari 2010, aku akan start aku nyer practical training kat Universiti Malaya Medical Centre or Pusat Perubatan Universiti Malaya. Aku kena lapor diri 2 januari tahun depan. Hurm...hari sabtu tu. nape la tak start lapor diri 4 januari. takpe. mungkin nak aku tengok dulu kot camne environment and department yang aku ditugaskan.

aku tak sabar nak praktikal. suasana kat hospital tu. sure byk kerja. tapi aku suka cabaran nie. lagipun ni dah course requirement untuk course aku nie. dalam buat praktikal nie aku kena la completekan thesis aku nie. sbb jam kredit thesis n praktikal aku 7 jam kredit tu. banyak tu. dah kira 14 jam kredit la tu. aku kena la skor.

wish me luck in my coming practical training. can't wait!

Cara Study Housemates Aku

0 comments
aku nak cite style study kawan-kawan aku lam apartment mewah kat uitm puncak alam.

Bota (Nazri) - mesti kena dgr lagu, contoh mcm mozart ke, hiphop ke, taknak bagi ngantok. suka baca notes n slides. tapi baca berjam2 tak berubah pun chapter nyer. if chapter1, 3 jam lebih chapter 1 gak. tak gerak2 langsung. pastu if bosan men PES lak. siap ajak aku lawan. hahaha

Shah - dia ni suka menghafal. sume satu buku ke notes ke slides ke sume dia menghafal. tapi kena environment yang tenang, takleh pasang lagu kuat2. nnti tak leh nak hafal. if dia bosan gak dia men PES. nak buat cme, sebilik ngn bota.

Med (Hamdan) - nie lagi best. every sem DL. cara study dia lagi best. kaco orang study. esok nak exam malam tu tengok2 je buku. tapi bila pegang buku absorb mcm spongebob. ntah la technology pe dia guna. aku pun pelik. kadang leh lepak dok borak ngn aku tengok tv. tengok movie.

Wan - ha! dia nie DL juga stiap sem. memang studyholic. aku masuk bilik dia study, aku blik dari toilet masuk bilik dia study jugak. pelik la. bila dia makan mandi tu aku tak bape tau la. yang aku tau satu ja. dlm 2 minggu skali ke or lebh sket minggu tu, mesti dia pesan suh beli pen biru. asek cepat habis je dakwat. yang pen aku guna time diploma tak habis2 lagi dakwat. dia nie gila karang nota nie. if dia bosan dia akan datang melawat kawasan or join borak2.

Faiz - ni pun spesis DL gak dlm umah aku nie. cara study lebih kurang sama ngn wan. tapi dia guna pensel and A4 paper. yang pelik, kadang2 dakwat pensel tu kan atas ketas macm samar2 je. aku pun tak nampak. tapi dia leh lak nampak. hurm..ni mesti dia sedut sket dakwat tu masuk otak. tu yang kabur sket tu. tapi bila bosan datang melawat kawasan gak kacau orang atau buat mcm talkative action yang customer service nyer orang dok borak la.

Fakhrul - nie rumet aku nie. cara dia belajar best. yang penting kena cas bateri dulu (tido) sok ada paper petang nie tido smpi mlm. pastu bangun kul 12 g mandi n buka buku hadap sampai sok pagi nak g exam. kadang2 g study ngn best pren aku kat dewan makan. bila dia bosan dia buat la kerja2 grooming dia dulu. pastu sambung balik.

Aku lak nyer cara study is very lain la. aku sorang je yang tau. mana leh cerita lam blog nie. biaq la rahsia. hahahah

Bleach & AKU

0 comments


















aku suka sangat cite bleach. Kurosaki Ichigo nie memang my hero manga. tengok la style dia guna bankai dia..
perghhhh..masyuk habis. aku sanggup habis masa berjam2 (freetime je) tgok series movie dia nie.. tak bosan langsung. suspen, action, mind trigger, funny, sume ada. manga yang paling best.

Antara Kucing & AKU

0 comments
cite ni happened pada malam 30 oktober 2009.

aku tengah study leadership untuk final exam paper aku esoknya. kebetulan pulak malam tu aku ada plak sora binatang yang tak sedap nak dengar dok meraung kat luar. kawan aku masuk bilik aku, cakap kat aku "aj ko g diamkan anak ko yang tengah meraungkan luar tu". aku cakap kuang ajor hang ko. ada ka cakap kucing yang kat luaq tu anak aku. hampeh tul kawan aku.

pastu aku fokus la balik study kan, pastu dok bunyi meraung lagi si kucing tu. maklum la musim mengawan, nak attract kucing female la konon. aku stressed dengan kucing tu. dengan suasana sunyi dan hening, aku memecah keheningan dengan lafaz laungan aku... "woi kucing diam la, buat bising ja". ha terus senyap kucing tu. pastu sume orang level 3 and 5 sound aku. "wei kat kucing pun nak marah". tapi memang berkesan laungan aku. trus diam sampai sok pagi. sume senang nak study. yang awekz dok blok depan aku nie trus buka tingkap tengok sapa yang sound tu. aku lah. terus aku kaver malu aku.. hahahaha. tarik diri dari tingkap.

pastu kawan sebelah bilik aku datang ckap, "bagus ko aj, diam terus. ko nie memang bapak kucing la" lagi la kurang asam. ingat nak puji ke hape. bantai aku pulak. takpe la. janji sume hepi nak study. kan minggu exam nie. sume stressed out. hahaha
pas nie kucing tu sure mark sora aku dah.

malam ni 31 oktober, ni ada lagi dengaq sora kucing dok meraung kat luaq tu. tapi malam ni aku off la. tadi pakgad lalu nek moto. takkan aku nak sound lagi. karang aku yang kena sound dengan pakgad tu. hahahha

ni la kisah aku ngn kucing di uitm puncak alam.
 

myfizzster Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template